Tuesday, April 27, 2010

ana...

Salam'alaik....
pnat sgt hari ni.. bru lpas keluar mbeli brg2 kprluan. cuaca xbrapa ok ptg ni....
hujn lebat.. tp alhmdlillah. smua tu rhmat drpd Allah S.W.T.
mm... xlma lg kmi akn prgi ke Thailand... insyaAllah.
hrp smuanya brjln dgn lncar. (^_^)
nak sgt blik kg, tp disebabkn kekangan masa.. nmpknya xdptlh blik.... (T_T)
rindu sgt ngan family trcinta..
thanks a lot my brother.. sayang kamu..
da bnyk support diri ini
trharu sgt.. =)
hu2.. 4 hb 5 ni ada exam..
2 paper lg.. pas tu 6 hb 1 paper.
Ya Allah
prmudhknlh aku mnjwb soalan exam
lapangknlh dadaku.... tmbhknlh ilmuku dan luasknlh kefahamanku
prmudahknlah urusnku
smg aku dpt mnjwb dgn baik n tenang
amin Ya Rabb
~iman itu brpakaian, pakaiannya ialah taqwa, prhiasannya ialah malu dan buahnya ialah ilmu~

Monday, April 26, 2010

~WANITA SOLEHAH~


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.....

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali....
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama....

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai....

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu....

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah di atas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.....







Dia...



Tiada apa lagi yang kuhasratkan
tiada apa lagi yang menjadi dambaan
ku hanya dambakan seorang insan yang
cintanya atas agama, atas iman
menguatkan semangat pada diriku...


Keindahan namamu
ada makna mendalam
yang menyejukkan kalbu
kejernihan wajahmu
terpancar ketenangan
lahir dari relung nurani muthmainnah
keelokan peribadimu begitu tawaduk
lahir dari nur iman di kalbu...


Cintaku padamu bukan semata-semata cinta
cintaku padamu atas agama
cintaku padamu atas iman
cintaku padamu atas taqwa...


Kuterpikat padamu kerana agamamu
kutertawan padamu kerana kesolehanmu
kuterpesona padamu kerana taqwamu...


Kita saling menasihatkan diri ini
melalui bait-bait hikmah yang mengesankan di hati.
Kau selalu mengingatkan diri ini
pada semangat perjuangan Islami
itu yang menjadikan
ku semakin kagum padamu...


Alangkah indah hidup ini
jika cinta disandarkan kerana iman
jika cinta disandarkan kerana Illahi.


Alangkah sempurna hidup ini
jika dalam diri ada kalimah cinta
dia mencintai Illahi
dia mencintai Nabi
dia mencintai ulama dan orang soleh
dia mencintai insan kerana-Nya
dia mencintai Islam dan perjuangannya
di situ terkumpul semuanya


ada kalimah cinta, kalimah iman dan kalimah taqwa
yang akan membawamu memasuki
jalan bahagia dan penuh ketenangan...




Tuesday, April 20, 2010

Beijing dlm kngn....



Salam inspirasi....
Alhamdulillah
slpas duduk sebuln lebih d Beijing Foreign Studies University (15Mei~30Jun '09),
bnyk yg tlh dipelajari.
akn ku simpn knangn yg trpatri dlm ingtn buat slamanya... insyaAllah.
ni mrupkn Progrm Prtukrn Pljr APMUM dengan BFSU.
d BFSU, kmi tlh mmpelajari bhs Mandarin.
mmg agk rumit.. nmn kesungguhn mrupkn aspek plg pnting klu nk mguasainya...
empat sbjek yg diajar~lisan, tulisan, imlak dan pemahaman....hu2..
wlpn sush, alhmdlillah... akhirnya brjaya jg dpt A dlm keempt2 sbjek. =)
cong ming???? hu2... mei you.
bkn stakat tu jak.
kmi pn g melancong.
indah bumi Allah.
smua pmndgn d sana mmg cantik..
cam xpcya jak dpt jejak kaki di great wall/chang cheng/tembok china...
mmg kagum meliht struktur binaannya....
kmi just dpt smpai hgga ke stesen 5... mmg jauh.hu2. rsa brgoyang lutut naik ke ats... (~_~)
d Beijing
ada satu tmpt prkmpungn Islam as niu jie
Alhmdulillah... dpt jg singgah d masjid trtua niu jie
cma.. dsebabkn mazhab yg brlainan dgn kita, ada sdikit kelainan ktika mrk bribdh.
muslimahnya ikut solat jumaat... pas tu, pakaian diorg tuk solat bkn cam kita. sgt brbeza..
mula2 smpai, mmg sush diri ini utk mnelan mknn d sna... kdg2... klu mahu mbeli mknn tu.... persoaln utma.... "HALALKAH?"(~_*)
tulah cbrn mula2 smpai.... tp pas seminggu d sna, alhmdlillah... da tau mna yg halal,  da tau cop halal dlm pktn cina... yg pntg yakin. (^_^)
rindu... ji rou chou fan (nasi goreng aym). rasanya xsma ngan d Mlysia.. hen hao..
bnyk lg tmpat mnarik.... istna kuno, stadium srg brung, summer palace...
n plg best... sna mmg tmpt bli-belah yg plg murh....
bnyk jg duit habis utk beli brg2 d sna...
sdhlh mata wang china rndh ckit dr kita... apalgi... pntg nmpk brg mnarik.... trus bli.. =) last2 tu, duit tggl ckit....
xpa...yg pntg... ada ole2 tuk fmily n kwn2...
k... smpai sni dlu... to be continue........  

Ya Rabb...


Ya Rabb....
Ketika aku merindukn seseorng....
Rinduknlah aku kpd rindu cinta sejatiMu
Agar kerinduanku kpdMu smakin brcambah...

Ya Allah..
Jika aku hndk mncintai seseorg...
Temuknlah aku dgn org yg mncintaiMu
Agar brtambah kuat cintaku padaMu...

Ya Allah..
Ketika aku sdg jatuh cinta...
jagalh cinta itu 
Agar tidk melebihi cintaku kpdMu...

Ya Khaliq...
Ketika aku mgatakn kalimah itu kpdnya...
Biarlh ku katakn kpdnya yg hatinya trtaut kpdMu
Agar aku tidk trjatuh dlm cinta yg bkn krnMu....

La Tahzan....

"Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu... hukum atau ktentuan-Mu berlalu, keputusan-Mu adalah adil, aku mohon kpd-Mu ya Allah.. dgn mnyebut stiap nama-Mu atau Kau beri nama atas diri-Mu atau yg Engkau turunkan pd kitab-Mu atau yg Engkau ajarkan atau yg Engkau simpan pd prbendaharaan ghaib di sisi-Mu...  Kau jadikn al-Quran yg agung itu sbhgian drpd hatiku, cahaya dadaku, pengusir dukaku dan penolak kesedihan jg deritaku... wahai Tuhan Yg Maha Mengasihani dr sgala-galanya..."