Tiada apa lagi yang kuhasratkan
tiada apa lagi yang menjadi dambaan
ku hanya dambakan seorang insan yang
cintanya atas agama, atas iman
menguatkan semangat pada diriku...
Keindahan namamu
ada makna mendalam
yang menyejukkan kalbu
kejernihan wajahmu
terpancar ketenangan
lahir dari relung nurani muthmainnah
keelokan peribadimu begitu tawaduk
lahir dari nur iman di kalbu...
Cintaku padamu bukan semata-semata cinta
cintaku padamu atas agama
cintaku padamu atas iman
cintaku padamu atas taqwa...
Kuterpikat padamu kerana agamamu
kutertawan padamu kerana kesolehanmu
kuterpesona padamu kerana taqwamu...
Kita saling menasihatkan diri ini
melalui bait-bait hikmah yang mengesankan di hati.
Kau selalu mengingatkan diri ini
pada semangat perjuangan Islami
itu yang menjadikan
ku semakin kagum padamu...
Alangkah indah hidup ini
jika cinta disandarkan kerana iman
jika cinta disandarkan kerana Illahi.
Alangkah sempurna hidup ini
jika dalam diri ada kalimah cinta
dia mencintai Illahi
dia mencintai Nabi
dia mencintai ulama dan orang soleh
dia mencintai insan kerana-Nya
dia mencintai Islam dan perjuangannya
di situ terkumpul semuanya
ada kalimah cinta, kalimah iman dan kalimah taqwa
yang akan membawamu memasuki
jalan bahagia dan penuh ketenangan...

No comments:
Post a Comment